Galeri Foto

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1444H/2022M
12 Oktober 2022 (Rabu)- Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) berbesar hati dan berpeluang untuk menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 1444h/2022M yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari ini.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan bertemakan "Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran".
Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan perarakan Maulidur Rasul dari kontinjen agensi kerajaan dan swasta Wilayah Persekutuan yang melibatkan 22 kontijen yang melibatkan seramai 660 orang peserta. Kontinjen MSWP telah diwakili seramai 40 orang pegawai-pegawai dan kakitangan MSWP yang diketuai oleh YAA Tuan Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah hadir ke majlis sambutan pada kali ini.
Majlis diteruskan dengan ketibaan dif-dif kehormat iaitu Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh S.S Tuan Haji Jamali Bin Mohd Adnan, Timalan Mufti Wilayah Persekutuan.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. merangkap Pengerusi Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 1444/2022.
Majlis diserikan dengan Ucaptama dan Perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah yang disampaikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri, di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Sambutan ini diteruskan dengan tayangan video dan penyampaian Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 1444h bersamaan tahun 2022.
Turut diserikan dengan persembahan pentomin yang disampaikan oleh pelajar-pelajar SIRAJ Abu Dzar Al Ghifari.
MSWP mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur khususnya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas penganjuran sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah bagi tahun 1444 bersamaan 2022.
Berita dan Foto oleh
Jawatankuasa Komunikasi Korporat
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement